SIDANG MEDIA PPIPBM BERKENAAN ISU TRANS PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)

19/JANUARI/2016- Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) mengunjurkan jumlah ahlinya yang terlibat dalam pengeksportan akan meningkat sehingga 30 peratus selepas Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dimuktamadkan.

Presidennya, Nurammar Abu Bakar berkata sektor yang dilihat yang berpotensi menembusi pasaran eksport adalah sektor makanan dan barangan pengguna laris (FMCG).

“Malaysia yang terkenal dengan mempromosi produk halal membuka peluang yang tinggi kepada syarikat Bumiputera.

“Syarikat Bumiputera yang mengeluarkan makanan mempunyai peluang besar memandangkan permintaan produk halal yang tinggi,”

TPPA bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari dan Dewan Negara pada 28 Januari.