MENGENAI KAMI
Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) (PPM-007-14-27061 987) merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perniagaan Bumiputera nasional yang ditubuhkan pada 27 Jun 1987.
Objektif penubuhan PPIPBM adalah untuk membantu meningkatkan jaringan, daya saing dan keupayaan usahawan-usahawan Bumiputera di dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Semenjak penubuhan sehingga kini, PPIPBM memainkan peranan penting dan aktif memberi input dan bekerjasama erat dengan semua Kementerian dan agensi khususnya yang berkaitan dengan pembangunan usahawan Bumiputera.
PPIPBM dinaungi oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih melalui pemilihan oleh ahli-ahli setiap tiga (3) tahun bagi menjalankan pentadbiran hal ehwal PPIPBM. Matlamat dan hala tuju PPIPBM dipimpin oleh presiden-presiden yang berkredibiliti seperti berikut:-
• YBhg, Tan Sri Dato' Abdul Samad Idris (1987 - 1995)
• YB. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Haji Mohd Jarjis (1996 - 2001)
• YM. Datuk Seri Utama Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin (2002 - April 2009)
• YH. Dato' Ab Rahim bin Abu Bakar (April 2009 - 2015)
• YBhg. Datuk Nurammar bin Abu Bakar (2015 - 2019)
• YBhg. Datuk Azman bin Yusoff (2019 - Kini)
VISI
Diiktiraf sebagai NGO Bumiputera berprestasi tinggi dan berinovasi serta berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa berteraskan nilai-nilai murni
MISI
1. Mewujudkan masyarakat usahawan Bumiputera yang bermuafakat, bersatupadu, kukuh, mantap, mempunyai daya tahan dan daya saing, berilmu dan bermaklumat bertunjang kepada sains dan teknologi serta visi yang jauh dan luas. Bersifat global untuk menghadapi cabaran dan persaingan dunia perniagaan yang dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan negara bagi merealisasikan visi Malaysia sebagai negara yang maju pada tahun 2020.
2. Mewujudkan satu masyarakat usahawan Bumiputera yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar, mempunyai nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi serta mantap dan peribadi yang selaras dengan nilai-nilai Islam.
3. Mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang akrab, bersefahaman, tulen dan soling membantu di antara usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera di dalam dan di luar negara yang berjaya menyalurkan ilmu pengetahuan dan pengalaman di kalangan mereka.
KLUSTER AHLI
PPIPBM mempunyai ahli lebih daripada 2,000 syarikat pelbagai sektor yang mempunyai pelbagai latar belakang daripada bersaiz kecil, sederhana hinggalah syarikat pengeksport.
Ahli-ahli PPIPBM dikategorikan mengikut kluster-kluster berikut:-
(1) Makanan dan Minuman
(2) Agro-based / supply chain
(3) Pembinaan, Rel, Kejuruteraan, Mekanikal dan Inovasi
(4) Industri Perkhidmatan (pengurusan fasiliti, logistik, pengurusan acara, latihan dan lain-lain)
(5) Kesihatan dan Komestik
(6) ICT & E-Commerce
(7) Pakaian & Tekstil
(8) Automotif
(9) Edutainment / Toys
(10) Perabot
(11) Farmaseutikal