
Mar 29, 2021
GKP 3.0 AKAN MANFAATKAN HAMPIR 1.2 JUTA PKS MIKRO DENGAN PERUNTUKAN RM1.2 BILION⠀
⠀
Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar mereka mampu menggiatkan semula perniagaan di dalam tempoh yang masih mencabar ini.⠀
⠀
Setiap PKS mikro yang layak akan menerima bantuan one-off GKP 3.0 sebanyak RM1,000. Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan menerima bayaran tambahan RM1,000 tanpa perlu membuat permohonan semula. Bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, permohonan GKP 3.0 akan dibuka secara dalam talian melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 1 hingga 15 April 2021 (15 hari).