VISI
Diiktiraf sebagai NGO Bumiputera berprestasi tinggi dan berinovasi serta berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa berteraskan nilai-nilai murni.
MISI
Mewujudkan masyarakat usahawan Bumiputera yang bermuafakat, bersatupadu, kukuh, mantap, mempunyai daya tahan dan daya saing, berilmu dan bermaklumat bertunjang kepada sains dan teknologi serta visi yang jauh dan luas. Bersifat global untuk menghadapi cabaran dan persaingan dunia perniagaan yang dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan negara bagi merealisasikan visi Malaysia sebagai negara yang maju pada tahun 2020.
Mewujudkan satu masyarakat usahawan Bumiputera yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar, mempunyai nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi serta mantap dan peribadi yang selaras dengan nilai-nilai Islam.
Mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang akrab, bersefahaman, tulen dan soling membantu di antara usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera di dalam dan di luar negara yang berjaya menyalurkan ilmu pengetahuan dan pengalaman di kalangan mereka.